MAC 2024

31 Orang Ahli Majlis Daerah Gedong Cipta Sejarah


KUCHING, 4 Mac - Mereka adalah Ahli-ahli Majlis Daerah Gedong yang pertama mengangkat sumpah dan lafaz ikrar bebas rasuah setelah Gedong di angkat sebagai sebuah Daerah terbaharu di Sarawak. 

Dalam ucapan amanat, Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Abang Johari bin Tun Abg Openg merangkap ADUN N26 Gedong dengan penuh harapan Ahli-ahli Majlis sebagai wakil pemimpin rakyat di akar umbi dalam Kerajaan tempatan yang akan bersama Kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan membantu melaksanakan dasar- dasar Kerajaan dan sebagai saluran maklumat Kerajaan kepada rakyat. 

Tambah nya lagi, beliau dengan penuh harapan Ahli-ahli Majlis akan mengunakan sepenuhnya konsep Daerah Pintar dengan mengunakan informasi teknologi melalui media sosial dan group chat di kalangan mereka agar masalah rakyat cepat di atasi.

Katanya lagi, Kerajaan  akan merancang mendirikan sebuah bangunan baharu untuk Majlis Daerah Gedong untuk Ahli-ahli Majlis memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. 

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Abu Bakar bin Marzuki, Timbalan-Timbalan Menteri, Yang Berhormat- Yang Berhormat, Pengerusi Majlis Daerah Gedong, Tuan Haji Tamida bin Haji Da'adi dan dif-dif jemputan lain